Langgar SOP: 55 dikompaun, 34 diberi notis tutup operasi
Iklan
Pemantauan SOP oleh MPS dengan kerjasama pasukan polis di kawasan unit strata baru-baru ini.
SELAYANG - Sebanyak 55 kompaun dan 34 premis diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di bawah pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu.
Pemangku Yang Dipertua MPS, Cheremi Tarman berkata, sehingga 25 Jun lalu, sebanyak 1,289 premis dan 779 penjaja telah dilawati termasuk di pasar awam, kawasan perindustrian, bengkel kenderaan serta tempat awam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemantauan juga dilakukan di premis perniagaan, penjaja dan badan pengurusan bersama (JMB) di seluruh pentadbiran perbandaran Selayang.
"Sepanjang tempoh itu, sebanyak 62 notis telah dikeluarkan melibatkan 55 kompaun dan 34 premis telah diarahkan untuk ditutup.
Iklan
"Selain itu, sebanyak 219 amaran lisan diberikan kepada peniaga untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya, MPS akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan rantaian pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan.
Iklan
"Saya berharap kita semua dapat menyokong usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>