PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang berusaha memastikan agar pengusaha perniagaan mikro dan perniagaan tidak rasmi tersenarai sebagai penerima utama vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebahagian besar pengusaha perniagaan ini berada di sektor perkhidmatan yang secara langsung berurusan dengan orang ramai, oleh itu mereka juga harus diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan.