Israel dilanda gempa bumi

Iklan
Penduduk di bandar Beersheba turut merasai gegaran gempa bumi yang berpusat di selatan Israel pada Rabu. - Foto The Guardian

TEL AVIV - Satu gempa bumi sekuat 4.2 Richter sehingga menggegarkan bandar-bandar di selatan Israel pada malam Rabu sehingga gegaran turut dirasakan di bahagian utara negara haram itu.

Kajian Geologi Israel menyatakan, pusat gegaran itu ialah 68 kilometer ke utara Eilat dengan kekuatan gegaran dapat dirasakan di bandar Beersheba, Yeruham dan gurun Arava.

Iklan
Iklan

Tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan berlaku akibat gempa bumi tersebut.

Kali terakhir gempa bumi dilaporkan berlaku di Israel ialah pada Januari lalu dan ia berpusat di Cyprus dan sekuat 4.1 pada skala Richter.

Iklan
Iklan

Pada Disember tahun lalu, wilayah Eilat telah digegarkan dengan gempa bumi sekuat 3.8 Richter. - Agensi