Penjaga kanak-kanak didera dihadapkan ke mahkamah

Iklan
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Seksyen pada Jumaat atas pertuduhan memukul menggunakan rotan sehingga mendatangkan kecederaan.

KUALA PILAH - Penjaga kepada kanak-kanak yang didera dalam kejadian 4 Jun lalu dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan memukul menggunakan rotan sehingga mendatangkan kecederaan.

Tertuduh, Noor Asidah Md Nor, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim, Norma Ismail.

Iklan
Iklan

Hakim menetapkan RM5,000 sebagai jaminan dan kes disebut semula pada 14 Julai depan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Christopher Enteri Anak Mawan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, pada 4 Jun lalu kira-kira jam 8.30 pagi, tertuduh memukul mangsa berusia 10 tahun dengan menggunakan rotan di rumah Felda Raja Alias 4, Jempol, Negeri Sembilan

Kanak-kanak itu mengalami kecederaan di seluruh bahagian iaitu di belakang badan, kedua-dua belah tangan, kedua-dua belah kaki, di telinga dan kepala.

Iklan

Oleh demikian, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.