11 anak lihat ayah ‘pergi’ secara Zoom Meeting
Iklan
Jusoh yang melecur dalam kebakaran turut mengorbankan isterinya di Kampung Losong Haji Su di sini, meninggal dunia pagi Khamis. Gambar kecil: Zailah
KUALA TERENGGANU – Walau tidak dapat berada di sisi secara fizikal, namun 11 anak Jusoh Muda, 83, sempat ‘bersama’ bapa mereka hingga mangsa kebakaran sebuah rumah tiga hari lalu itu menghembuskan nafasnya terakhir pagi Khamis.
Anaknya, Zailah Jusoh, 47, berkata, mereka sekeluarga termasuk cucu arwah sempat 'berkumpul' di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) secara maya melalui aplikasi Zoom Meeting pada jam 5.43 pagi selepas dimaklumkan keadaan terkini bapanya.
Iklan
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa
"Kebetulan seorang anak saudara juga ada di hospital, jadi kami 11 beradik bersama cucu dapat zoom meet dengan ayah hingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.
Iklan
Jusoh yang mengalami kecederaan 50 peratus melecur akibat kebakaran rumah disahkan meninggal dunia pada jam 6.31 pagi di HSNZ.
Menurut Zailah, walaupun sedih, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah selepas tiga hari kehilangan ibu, Fatimah Mohd, 79, yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran berkenaan.
Iklan
Jenazah Jusoh akan disemadikan di sebelah kubur isterinya di tanah perkuburan Makam Lama, Chabang Tiga pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Mak sempat telefon minta tolong'
Pada Isnin, seorang wanita warga emas ditemui maut manakala suaminya melecur selepas kediaman mereka hangus dijilat api.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi itu, mangsa, Fatimah Mohd, 79 tahun, maut selepas terperangkap di dalam kediaman tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>