Polis siasat berita palsu vaksin AstraZeneca di Sarawak
Iklan
Berita palsu mengenai vaksin AstraZeneca di Sarawak.
KUCHING - Polis telah membuka kertas siasatan terhadap satu berita tidak benar berkaitan vaksin AstraZeneca diterima Sarawak yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook, Sarawak Covid-19 Awareness Grou’.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengenai berita tidak benar itu semalam, yang menyatakan bahawa jumlah dos vaksin AstraZeneca yang sepatutnya diterima Sarawak berkurang daripada jumlah sepatutnya.
Iklan
Iklan
Menurut Ahsmon, kenyataan seperti itu boleh menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan yang sedang berusaha sedaya upaya menyediakan vaksin kepada rakyat.
"Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa perlu) (no. 2) 2021. Ordinan ini memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Polis, kata Ahsmon dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga akan memburu individu yang terbabit dalam kes itu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>