Lebih 10,000 pesakit Covid-19 di NS berusia 18-60 tahun
Iklan
SEREMBAN - Seramai 10,834 atau 65 peratus daripada keseluruhan 16,676 pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 18 hingga 60 tahun setakat 27 Mei lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datin Dr Harlina Abdul Rashid.
Beliau berkata, ia berikutan golongan itu adalah kumpulan umur yang aktif dan lebih terdedah kepada risiko jangkitan kerana lebih kerap berada di luar rumah termasuk di tempat belajar, bekerja atau melakukan aktiviti sosial.