Turki benarkan restoran, kafe dibuka semula

Iklan
Beberapa pelanggan makan di sebuah restoran di Istanbul, Turki. - Foto AFP

ANKARA - Semua kafe dan restoran di Turki yang ditutup pada pertengahan April lalu ketika negara itu mencatatkan kenaikan kes Covid-19 dan kematian kini mula dibuka semula pada Selasa.

Pembukaan semula restoran dan kafe itu diumumkan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pelanggan-pelanggan dibenarkan untuk makan di dalam premis tersebut antara jam 7 pagi sehingga 9 malam, manakala perkhidmatan penghantaran makanan pula akan berakhir sehingga tengah malam pada setiap hari.

Menurut AFP, pada April lalu, negara yang didiami oleh 84 juta penduduk itu menyaksikan kenaikan kes Covid-19 melepasi 60,000.

Iklan

Namun, kes harian pandemik itu telah menurun di bawah 10,000 dengan lebih 6,500 direkodkan pada Isnin lalu.

Turki melaksanakan 'lockdown' penuh antara 29 April lalu hingga 17 Mei di seluruh negara.

Iklan

Selepas itu, 'lockdown' dilaksanakan setiap hujung minggu dan akan berakhir pada minggu ini tetapi penduduk dikehendaki berada di dalam rumah masing-masing pada setiap hari Ahad, kata Erdogan selepas mesyuarat Kabinet berlangsung.

Perintah berkurung antara jam 9 malam hingga 5 pagi turut dikuatkuasakan pada hari-hari biasa tetapi ia kemudian berubah dan bermula lewat sejam iaitu pada jam 10 malam, tambah Presiden Turki itu.

Gimnasium-gimnasium dibuka semula pada Selasa manakala majlis perkahwinan turut dibenarkan diadakan di dalam dan di luar bangunan.

Erdogan berkata, kehidupan normal akan kembali semula secara berperingkat-peringkat dan para pegawai akan menilai keadaan Covid-19 di negara itu sekali lagi pada bulan depan.

Beliau memberitahu, universiti-universiti akan memulakan sesi pembelajaran pada 13 September depan.

Murid-murid sekolah rendah kembali ke sekolah bermula Selasa dan menghadiri kelas selama dua hari setiap minggu manakala pelajar-pelajar sekolah tinggi serta menengah akan melakukan perkara yang sama bermula 7 Jun ini, kata Kementerian Pendidikan. - Agensi