Hina Agong: Pas Kelantan gesa tindakan tegas
Iklan
Mohamed Fadzli
KOTA BHARU - Pas Kelantan menggesa tindakan tegas diambil terhadap individu menghina Yang di-Pertuan Agong yang didakwa mengaitkan institusi raja dengan kancah politik.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, tindakan mengheret raja dalam kancah politik merupakan satu kesalahan dan tidak boleh diulang.
Iklan
Iklan
"Berpolitik, berpolitik juga, ada adab yang perlu dijaga.
"Institusi raja dan Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak negara, jangan libatkan dengan politik dan menghina Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita di Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) di sini pada Isnin.
Iklan
Ujar beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, lebih dikesali tindakan itu didakwa membabitkan Melayu.
"Orang Melayu sendiri dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong dan ajak rakyat marah kepada institusi raja.
Iklan
"Ini memberi contoh yang tidak baik kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam kerana raja-raja Melayu adalah untuk semua rakyat di Malaysia,” katanya.
Sebelum itu, tular rakaman video memaparkan pemilik akaun Iswardy Morni yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.
ARTIKEL BERKAITAN: Video didakwa hina Agong: Iswardy Morni ditahan polis
Iswardy Morni direman dua hari
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>