PKP: Kerajaan tidak patah semangat selesai masalah

Iklan
Muhammad Faiz Na’aman

SHAH ALAM - Kemarahan rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan tidak sesekali mematahkan semangat untuk mencari jalan penyelesaian dalam memulihkan pandemik Covid-19.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman mengakui bahawa sukar bagi kerajaan untuk memenuhi kehendak pelbagai pihak untuk mengurangkan penularan wabak tersebut.

Iklan
Iklan

Namun begitu, jelasnya, segala bantuan yang diusahakan sebelum ini telah pun dilunaskan dan disampaikan kepada mereka yang layak.

"Bantuan kerajaan tetap ada had dan bukannya infiniti kerana ia bergantung dan melibatkan kemampuan kewangan negara.

Iklan

"Oleh itu, sampai ke satu peringkat yang mana terpaksa menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk beli vaksin selamatkan nyawa rakyat.

"Ini adalah satu tekanan yang menyebabkan keadaan di mana kerajaan perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara supaya negara tidak jatuh muflis,” katanya pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar edisi ke 257 bertajuk PKP Tiada Noktah: Talian Hayat Perikatan Nasional (PN) Makin Kabur yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian.

Hadir sama sebagai panelis, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji dan Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Howard Lee Chuan How dan Ketua Kluster Kesihatan, Perubatan Akademi Profesor Malaysia, Profesor Dr Adlina Suleiman manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia untuk fokus terhadap nasihat yang telah diberikan oleh kerajaan dan juga doktor bagi mengelakkan diri daripada terkena jangkitan.

Jelasnya, semua pihak perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk ahli politik, artis dan juga rakyat tanpa sebarang pengecualian.

"Semua main peranan. Fokus kepada nasihat yang diberikan. Jangan sesekali bandingkan diri dengan orang lain. Jangan berlawan untuk langgar SOP. Saya kesal dengan mana-mana pihak yang langgar SOP,” ujarnya.