Polis Sarawak sekat 476 kenderaan cuba rentas zon, negeri
Iklan
KUCHING - Sejumlah 476 buah kenderaan di Sarawak telah diarahkan berpatah balik, sepanjang Ops Rentas yang dijalankan sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 10 hingga 16 Mei lalu kerana pemandunya tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri dan zon.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebanyak 3,470 saman turut dikeluarkan sepanjang tempoh operasi berkenaan, melibatkan pemeriksaan ke atas 8,470 individu dan 6,956 kenderaan di 50 lokasi sekatan jalan raya dan lokasi rondaan di negeri itu.