11 syarikat korporat turun padang, dekati realiti kehidupan asnaf
Iklan
Program Zakat Perak Al Ridzuan (Zapar) Care Tour 2.2 (ZACT 2.2) menyaksikan penglibatan 11 syarikat korporat yang diberi peluang meninjau kehidupan golongan asnaf serta melihat sendiri pelaksanaan agihan bantuan zakat.
TANJUNG MALIM – Sebanyak 11 syarikat korporat diberi peluang meninjau kehidupan golongan asnaf serta melihat sendiri pelaksanaan agihan bantuan zakat menerusi Program Zakat Perak Al Ridzuan (Zapar) Care Tour 2.2 (ZACT 2.2) di Trolak, Sungkai pada Khamis.
Program anjuran Zapar dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) itu turut disertai pembayar zakat individu serta wakil pengurusan kedua-dua institusi berkenaan.
Iklan
Iklan
Antara syarikat yang mengambil bahagian ialah Proton, Klinik Nilam, One World Marine Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan Slim River/Tanjong Malim, Medifa Care Group Sdn Bhd, Ameen Products Sdn Bhd, Harizsyah Success Resources, MSH Dia Care Sdn Bhd, Kedai Emas Hafshah dan Koperasi Sumbangan Bakti Batang Padang Berhad.
Menerusi program itu, peserta berpeluang mengunjungi kediaman dan premis golongan asnaf termasuk fakir, miskin serta usahawan yang menerima bantuan zakat.
Iklan
Menerusi program itu, peserta berpeluang mengunjungi kediaman dan premis golongan asnaf termasuk fakir, miskin serta usahawan yang menerima bantuan zakat.
Dalam satu kenyataan, Zapar memaklumkan sumbangan berupa beras, barangan keperluan makanan dan wang tunai turut disampaikan bagi membantu meringankan beban penerima.
Iklan
“Peluang berinteraksi secara langsung membolehkan peserta memahami cabaran kehidupan yang dihadapi golongan asnaf selain mengetahui bentuk bantuan dan sokongan yang disediakan menerusi skim agihan zakat MAIPk,” menurut kenyataan itu.
Lawatan tersebut bertujuan memberi gambaran lebih jelas mengenai usaha memperkasa sosioekonomi asnaf, khususnya dalam membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan menjana pendapatan yang lebih baik.
Selain aspek agihan zakat, peserta turut diberikan pendedahan mengenai projek wakaf yang diuruskan MAIPk termasuk peranannya dalam menyokong pembangunan ummah.
“Menerusi lawatan ini, peserta dapat memahami kepentingan wakaf tunai sebagai instrumen sumbangan berterusan yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat Islam.
“Penyertaan sektor korporat dalam program ini membuka ruang kerjasama lebih erat antara institusi pengurusan zakat dan syarikat swasta dalam meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab menunaikan zakat serta berwakaf,” menurut kenyataan itu lagi.
Lebih membanggakan, kejayaan penyelidikan yang dilaksanakan di perairan negeri ini bukan sahaja membolehkan bekalan benih kerang diperoleh sepanjang tahun, malah memendekkan tempoh penternakan kepada sekitar lima ke enam bulan bagi satu kitaran pengeluaran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802681/edisi/perak/benih-kerang-tidak-putus-potensi-perak-jadi-pusat-pembiakan-terbaik-dunia
Muzik: Neptune- Spotlight dari bensoud.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.