Bom lama perang ditemui di Kluang

Iklan
ACP Mohd Abduh Ismail

KLUANG - Sebutir bom lama dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua ditemui berhampiran Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh, Kampung Gajah, di sini, pukul 10.14 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata, bom yang dipercayai dari jenis Aerial seberat 1,000 paun (453.6 kilogram) itu ditemui orang awam di sebuah kebun kelapa sawit milik persendirian.

Iklan
Iklan

Katanya, jarak lokasi bom berkenaan ditemukan adalah kira-kira satu kilometer dari kampung berkenaan, dan tindakan segera dilakukan dengan menutup kawasan berhampiran bagi tujuan keselamatan.

"Hasil siasatan awal bom yang panjangnya hampir dua meter itu dipercayai tinggalan semasa peperangan dunia kedua.

Iklan
Iklan

"Bom ini akan dimusnahkan pada Khamis nanti membabitkan 13 pegawai dan 16 anggota termasuk Unit Pemusnah Bom dari Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini. - Bernama