Fadhil raih perak ujian masa di Hong Kong
Iklan
PELUMBA basikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis meraih pingat perak acara 1km ujian masa individu lelaki pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Velodrom Hong Kong hari ini.
Pelumba berusia 24 tahun itu mencatatkan masa 1 minit 1.772 saat (s), ketinggalan 0.998s di belakang pemenang pingat emas dari Jerman, Felix Grob yang merekodkan masa 1:00.774s.