Lawwa.Asia sumbang 1,000 pek makanan kepada frontliners

Iklan
Dr. Che Nazz (empat dari kiri) bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Bin Ishak dan Timbalan Superintendan Shaik Abd Kadar Bin Shaik Mohamed.

SYARIKAT kecantikan, Lawwa.Asia meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), #LawwaisCare pada tahun ini dengan memberikan sumbangan pek makanan iaitu 1,000 puding jagung koktail kepada petugas barisan hadapan yang memerangi pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Lawwa.Asia, Dr Nazlisyah Nazaruddin atau dikenali sebagai Dr Che Nazz berkata, sumbangan berkenaan sebagai penghargaan dan keprihatinan Lawwa.Asia terhadap pengorbanan petugas berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pada 2020 hingga 2021 merupakan tahun yang mencabar kepada rakyat akibat pandemik Covid-19 dan frontliners bertungkus- lumus memerangi virus tersebut bagi memastikan keselamatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pek makanan puding jagung koktail diagihkan kepada enam agensi kerajaan dan swasta.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, penerima sumbangan berkenaan ialah Hospital Tuanku Jaafar, KPJ Seremban, Salam Specialist Hospital Senawang, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Bandaraya Seremban.

"Kami menyediakan pek makanan ini secara bergotong-royong bersama kakitangan dan juruterapi kecantikan peribadi Lawwa.Asia.

Iklan

"Lawwa.Asia berharap rakyat dapat memberikan sokongan penuh kepada frontliners bagi membendung penularan Covid-19 dan menamatkan pandemik ini,” katanya.

Wakil Lawwa.Asia bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Seremban,Mohamad Sofian Ismail (tengah) ketika sesi penyerahan sumbangan pek makanan di hospital swasta itu.