Salji hitam landa Rusia akibat pencemaran...

Iklan
Salji berwarna hitam melanda dua buah bandar di Moscow.

RUSIA - MOSCOW. Akibat pencemaran udara, salji di dua buah bandar di Rusia bertukar menjadi hitam hingga mengemparkan penduduk.

Memetik Tribun Travel, penduduk di bandar Kiselevsk dan Prokopyevsk di wilayah Kuzbass terkejut ketika bangun pagi pada minggu lalu apabila mendapati timbunan salji sepatutnya putih bertukar hitam di halaman rumah dan kenderaan mereka.

Iklan
Iklan

Rakaman video di Instagram region42_kemerovo menyaksikan salji berwarna hitam dan dikatakan bukan satu fenomena luar biasa.

Media tempatan menyatakan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kawasan lombong arang batu.

Iklan

Penduduk di bandar itu berkongsi gambar dan video di media sosial menunjukkan sajli hitam kelihatan bertimbun di halaman rumah, padang, jalan raya, pokok dan kenderaan. - Tribun Travel

Iklan