Saman TV3: Mahkamah Rayuan kurangkan award ganti rugi diterima Anwar
Iklan
PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memperoleh sebanyak RM600,000 bagi ganti rugi am dan teruk, bukannya RM1.1 juta dalam saman fitnahnya terhadap TV3 kerana mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013.
Ia berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada Isnin yang diketuai Hakim Datuk Has Zanah Mehat untuk mengurangkan jumlah ganti rugi itu dengan mengetepikan award Mahkamah Tinggi masing-masing RM250,000 bagi ganti rugi teruk dan teladan kepada Ahli Parlimen Port Dickson tersebut.