Kakitangan awam Johor terima Bantuan Khas Aidilfitri

Iklan
Hasni (tengah) meninjau Program Pemberian Vaksin Covid-19 Fasa II di Dewan Muafakat Taman Adda pada Khamis.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri setengah bulan gaji dengan nilai minimum RM 1,000 kepada penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, seramai kira-kira 15,000 kakitangan awam negeri dijangka menerima bantuan itu.

Iklan
Iklan

"Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibuat pada hujung bulan April," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Program Pemberian Vaksin Covid-19 Fasa II di Dewan Muafakat Taman Adda di sini pada Khamis.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu.

Iklan
Iklan