Tanah runtuh: Dua sekeluarga terperangkap
Iklan
Tembok penghadang yang pecah dalam kejadian petang semalam.
JOHOR BAHRU - Dua sekeluarga terperangkap seketika susulan kediaman mereka dihempap tembok penghadang jalan dalam satu kejadian tanah runtuh di Taman Desa Harmoni, Kampung Sungai Buloh, Tebrau, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa seorang lelaki dan seorang wanita bagaimanapun sempat dikeluarkan orang awam sebelum rumah mereka dilimpahi air.
Iklan
Iklan
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penguasa Bomba Kanan II, Kamarulzaman Salleh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.23 petang sebelum bergegas di tempat kejadian.
Menurutnya, operasi terbabit disertai oleh enam anggota bomba bersama satu jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).
Keadaan rumah mangsa yang dimasuki air dan tanah.
Iklan
"Setibanya di tempat kejadian kami dapati telah berlakunya satu kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan penghadang jalan dari kawasan perumahan berasingan pecah.
"Tembok dan tanah tersebut kemudiannya jatuh ke rumah mangsa. Terdapat dua mangsa di dalam rumah iaitu seorang lelaki yang turut mengalami kecederaan di kepala dan bahu. Manakala mangsa wanita selamat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Iklan
Beliau berkata, mangsa yang telah dikeluarkan orang ramai kemudiannya diberikan bantuan kecemasan sebelum dihantar menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>