Tiada kes baharu Covid-19 di ABM

Iklan
Kenny

SETIAUSAHA Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh menegaskan pada masa ini tiada pertambahan kes Covid-19 dalam kalangan pemain badminton negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Menurut Kenny, setakat terkini hanya enam kes sahaja seperti dilaporkan sebelum ini walaupun masih terdapat pemain yang tinggal di akademi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Memang tidak ada pertambahan kes yang berlaku di akademi ini tetapi dari segi latihan memang terganggu sedikit. Bagaimanapun, kita sudah asingkan pemain dengan semua yang kontak rapat dengan keenam-enam pemain yang disahkan positif Covid-19 itu.

"Kita ikut segala SOP (prosedur operasi standard) disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung penularan Covid-19 dalam kalangan pemain badminton kita,” katanya kepada Sukan Harian pada Rabu.

Iklan

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 17 April lalu mengesahkan enam pemain di ABM positif Covid-19.

Serentak dengan itu kesemua 91 pemain dan pegawai menjalani satu ujian saringan dengan kadar segera dan hasil ujian mendapati mereka negatif.

Iklan

Ketika ini, kesemua enam pemain yang disahkan positif Covid-19 sedang menjalani proses kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di MAEPS Serdang.

Tambah Kenny Goh, kesemua pemain serta pegawai yang masih berada di ABM akan menjalani satu ujian calitan kali kedua pada 24 April ini.

"Kali ini swab test ini melibatkan kesemua pemain dan pegawai yang masih tinggal di ABM. Kita pun dah banyak adakan mesyuarat dengan pihak KKM dan beberapa tindakan cepat kita turut lakukan dalam usaha mencegah penularan Covid-19,” katanya.