Polis rampas 13 bungkusan syabu dalam but kereta
Iklan
SHAH ALAM - Polis mematahkan cubaan pengedaran dadah syabu bernilai hampir RM500,000 susulan penahanan dua lelaki di tempat parkir kereta di sebuah pasar raya di Bandar Mahkota Cheras, dekat sini pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu bertindak merampas satu beg kanvas berisi 13 bungkusan teh mengandungi dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam but kereta dinaiki suspek.