Pejabat MAIK ditutup esok untuk sanitasi

Iklan

KOTA BHARU - Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Darul Aitam dan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK di sini ditutup pada Khamis.

MAIK menerusi kenyataan dalam Facebook rasmi berkata, penutupan operasi sehari itu adalah untuk urusan sanitasi penuh.

Iklan
Iklan

"Ditutup selama satu hari bermula 15 April bagi tujuan sanitasi penuh. Segala kesulitan amat dikesali.

"Bagaimanapun segala urusan berkaitan dengan MAIK, orang ramai masih boleh menggunakan perkhidmatan atas talian," kata kenyataan itu pada Rabu.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menyebut, untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.e-maik.my ataupun facebook maikkelantanofficial.