Peluang menang duit raya RM445,000
Iklan
Hock San
SHAH ALAM - Pembeli rumah projek perumahan Kumpulan LBS Bina Berhad (LBS) berpeluang memenangi duit raya berjumlah RM445,000 dan layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta menerusi Kempen Raikan Rezeki Bersama LBS.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, penyertaan kempen itu dibuka kepada pembeli rumah yang membuat pembelian ke atas projek LBS yang terpilih bermula 8 April 2021 hingga 30 Jun 2021.
Iklan
Iklan
"Kempen ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk membolehkan pembeli rumah menikmati ganjaran menarik serta penjimatan besar ketika membeli rumah dan menjadikan sambutan hari raya pada tahun ini lebih bermakna,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut Hock San, menerusi kempen itu, LBS juga menyenaraikan tujuh tawaran luar biasa; antaranya cenderahati Kempen Pemilikan Rumah (HOC), bayaran tempahan rendah, ganjaran kesetiaan dan skim pembayaran flexi.
Iklan
"Tawaran lain yang disediakan ialah yuran guaman percuma, bayaran balik pembayaran penuh sekiranya pinjaman ditolak dan pakej perabot rumah.
"LBS sentiasa menyokong agenda perumahan kerajaan dan mempromosikan pemilikan kediaman dengan melancarkan kempen pemasaran baharu kami iaitu ‘Raikan Rezeki Bersama LBS’,” katanya.
Iklan
Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada kempen itu, cabutan bertuah ‘LBS Fabulous 2020’ akan dilanjutkan lagi.
Katanya, pembeli rumah berpeluang membawa pulang hadiah bernilai lebih RM1 juta seperti Proton X50, komputer riba dan tablet dengan sebarang pembelian hartanah kediaman LBS yang mengambil bahagian.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>