Lagi insiden tembakan di AS

Iklan
Beberapa pegawai polis menyiasat kejadian tembakan yang berlaku di Sekolah Tinggi Timur-Austin Magnet, Knoxville, Texas pada Isnin. - Foto AFP

WASHINGTON - Seorang individu terbunuh dan seorang pegawai polis cedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah tinggi di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kata polis.

Polis bandar Knoxville berkata menerusi Twitter bahawa kejadian tembakan itu berlaku di Sekolah Tinggi Timur-Austin Magnet sebelum menyatakan seorang yang cedera dalam insiden tersebut telah meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Menurut Jabatan Polis Knoxville, suspek yang melakukan kejadian itu ialah seorang lelaki yang bersenjata di sekolah berkenaan.

Menurut kenyataan polis bandar Knoxville, seorang anggota polis cedera ditembak selepas beliau sampai di lokasi kejadian dan dihantar ke sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Iklan

Namun, seorang lelaki dilaporkan terbunuh dalam insiden tembakan di tempat kejadian, manakala seorang lagi ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut NBC News, apabila beberapa pegawai polis cuba menghampiri lelaki berkenaan, berlaku kejadian tembakan yang menyebabkannya terbunuh.

Iklan

Sehingga kini masih tidak diketahui sama ada lelaki berkenaan ialah seorang pelajar.

Pihak berkuasa bandar tersebut mengarahkan kaum keluarga pelajar-pelajar di sekolah tersebut untuk berkumpul di sebuah stadium bola lisut dekat sekolah berkenaan.

Jabatan polis itu juga tidak menyatakan sama ada individu lain terlibat dalam kejadian tembakan tersebut.

Pada bulan lalu, seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah gudang syarikat membuat kabinet dapur di Texas iaitu tempat beliau bekerja menyebabkan seorang terbunuh dan enam lagi cedera.

Dalam insiden tersebut, lelaki berkenaan kemudian dapat ditangkap polis.

Seramai lapan orang terbunuh di beberapa buah spa sekitar Atlanta, 10 orang lagi di Boulder, Colorado manakala di bandar Orange, California Selatan, empat orang termasuk seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut akibat kejadian tembakan.

Semua kejadian itu berlaku pada bulan lalu. - Agensi