Enam maut gempa kuat gegar Indonesia

Iklan
Keadaan siling runtuh di sebuah wad hospital Ngudi Waluyo di Blitar, Jawa Timur pada Sabtu. - Foto AFP

JAKARTA - Sekurang-kurangnya enam terbunuh selepas gempa berkekuatan 6.0 magnitud menggegarkan Indonesia pada Sabtu.

Gegaran kuat itu melanda perairan luar pesisir terletak kira-kira 45 kilometer di barat daya bandar Malang di Jawa Timur dan pada kedalaman 82 kilometer.

Iklan
Iklan

"Seorang individu turut cedera parah akibat kejadian itu. Masih tidak dapat dipastikan sama ada angka kematian mungkin meningkat berikutan kami tidak menerima laporan tentang kehilangan mana-mana individu," kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Raditya Jati sambil menambah penduduk di beberapa perkampungan di wilayah itu turut dipindahkan.

Rakaman imej di lokasi kejadian menunjukkan siling runtuh di sebuah hospital dan bangunan kerajaan di bandar Blitar.

Iklan
Iklan

Kejadian gempa kuat itu berlaku kira-kira seminggu selepas negara itu dilanda siklon yang meragut lebih 200 nyawa di bahagian timur dan negara jiran, Timor Leste. - AFP