Rentas negeri penerima dua dos vaksin dibincang bersama MKN

Iklan
Ismail ketika bercakap pada sidang akhbar di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Keputusan sama ada rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 dibenarkan merentas negeri atau boleh ke luar negara takan dibincangkan dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan
Iklan

"Saya tidak boleh komen sebab saya tahu semalam pun melalui media.

"Mungkin (Muhyiddin) sudah dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya tidak tahu.

Iklan

"Jadi, kita akan bincang lebih lanjut dalam Mesyuarat Sidang Khas MKN akan datang yang dipengerusikan perdana menteri nanti," katanya pada sidang akhbar selepas selesai Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4X4 (HMAV 4X4) Pertama Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 bukan sahaja akan dibenarkan merentas negeri, malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, dengan syarat mereka memiliki sijil pengesahan.

Iklan

Menurutnya, kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini melakukan perjalanan ke negara terbabit.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga tidak menolak kemungkinan kenyataan yang dibuat Muhyiddin itu bertujuan menarik lebih ramai rakyat di negara ini mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Jadi, mungkin pandangan perdana menteri semalam boleh dilaksanakan perjalanan dalam negeri, luar negeri saya rasa ramai yang akan daftar ambil suntikan vaksin.

"Sekarang ini ramai yang tunggu dan lihat. Jadi kalau boleh insentif seperti itu (boleh rentas negeri bagi mereka yang sudah selesai ambil dua dos suntikan) saya ingat ramai yang akan mendaftar," katanya.