Penganggur didenda sembunyikan wang

Iklan
Tertuduh (tengah) semasa dibawa ke Mahkamah Kuala Pilah pada Khamis.

KUALA PILAH - Seorang penganggur didenda RM3,300 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang berjumlah RM3,180 tiga tahun lalu pada Khamis.

Tertuduh, Tan Wei Kiong, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, dia berdepan empat bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu dengan curangnya secara tidak jujur membantu menyembunyikan wang berjumlah RM3,180 yang telah dimasukkan oleh seorang wanita ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Iklan

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 7 September 2018, di antara jam 10.21 pagi sehingga 1.21 petang semasa berada di mesin deposit tunai CIMB di Petronas, Beting, Kuala Pilah.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Iklan

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Inspektor Alice Kuba, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.