Pemuda UMNO persoal pendirian Pas
Iklan
Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mempersoal pendirian Pas berhubung kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, adakah Pas akan bersama dengan UMNO atau sebaliknya.
Iklan
Iklan
"Kerana penting sebab sebelum kita pergi perang, kita mesti tahu siapa musuh kita, siapa kawan kita, kawan yang tidak tikam belakang, kawan yang akan bersama-sama kita sehingga ke penghujungnya.
"Dalam konteks ini, sebab itulah kita akan terus berusaha seperti yang dibangkitkan beberapa negeri termasuk Pahang yang mahu Muafakat Nasional (MN) ini dipertahankan dan diperkukuhkan. Itu kita akan ambil pertimbangan yang seberatnya dan serius,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan perbahasan Pergerakan Sayap Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.
Pada Sabtu, Muhyiddin ketika satu program di Muar, Johor memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada PRU14 sekiranya UMNO tidak mahu bertoleransi melepaskan kerusi berkenaan pada PRU15.
Iklan
Malah, Ahli Parlimen Pagoh itu juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai halangan sekiranya UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya itu nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu tanding semua kerusi jika UMNO tidak mahu toleransi
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, dengan kenyataan dibuat Muhyiddin itu, jelas beliau telah memberikan isyarat tidak akan bertolak ansur dengan kerusi yang UMNO tidak berkompromi.
"Dalam konteks ini, apakah kita masih nak teruskan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong? Saya perhatikan tadi, ada enam negeri secara jelas minta kepimpinan buat keputusan yang tegas supaya kita memutuskan hubungan dengan Bersatu,” tegas beliau.
Asyraf berkata, Pemuda UMNO juga turut mendokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bahawa tidak ada kerjasama pada PRU15.
"Setuju? Ada yang bangkang? Tak ada. Maknanya sebulat suara,” katanya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.