'DAP terbuka bekerjasama dengan UMNO'
Iklan
Antony Loke Siew Fook
SHAH ALAM - DAP sentiasa terbuka untuk mencari konsensus dengan mana-mana parti, sama ada dalam kalangan parti rakan gabungan atau parti yang lain termasuk UMNO.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, ini adalah pendirian parti itu yang ingin berusaha dengan mana-mana pihak demi mencapai kebaikan buat rakyat.
Iklan
Iklan
"Politik itu dinamik. Kami tidak menutup pintu kerjasama di masa hadapan namun pada masa sekarang, pendirian kami jelas berhubung beberapa pemimpin dalam UMNO,” katanya.
Beliau merujuk kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang berdepan dengan dakwaan rasuah di mahkamah atau yang disabitkan bersalah dalam program 'Consider This' yang disiarkan Astro Awani pada Khamis malam.
Iklan
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada ketika ini berdepan dengan 47 pertuduhan iaitu 12 berhubung pecah amanah, lapan berkaitan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah disabitkan bersalah dalam kes SRC International dan dijatuhkan hukuman penjara dan denda tetapi hukuman ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan.
Iklan
Dalam pada itu, Anthony berkata, perlu ada keberanian daripada kedua-dua parti iaitu DAP dan UMNO untuk duduk semeja dan berbincang kerana dua parti berkenaan mempunyai perwakilan terbesar di Parlimen.
"Apabila saya bersembang dengan rakyat, ada yang memberi pandangan bahawa untuk mewujudkan kestabilan, dua parti yang mempunyai perwakilan terbesar di Parlimen, iaitu UMNO dan DAP perlu duduk semeja dan berbincang.
"Namun, ingin saya ingatkan bahawa perkara ini memerlukan keberanian, bukan sahaja dari satu pihak tetapi kedua-dua pihak. Adakah UMNO bersedia untuk duduk semeja dan berbincang?
"DAP sentiasa terbuka untuk mencari konsensus, bukan sahaja bersama rakan dalam gabungan, tetapi parti lain juga," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>