Ular sawa 30kg dalam kandang kambing
Iklan
APM Daerah Lipis menangkap ular sawa seberat 30kg yang membelit seekor kambing di dalam kandang di Kampung Bapong, Lipis.
KUANTAN - Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lipis menangkap seekor ular sawa yang sedang membelit seekor kambing di dalam sebuah kandang di Kampung Bapong, Lipis awal pagi Ahad.
Kejadian itu disedari pemilik ternakan berkenaan yang memeriksa kandang selepas terdengar bunyi mencurigakan.
Iklan
Iklan
Pegawai, Kapten (PA), Mohd Azhar Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 1.02 pagi dan mengarahkan empat anggota ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, reptilia seberat 30 kilogram (kg) dan panjang lima meter itu didapati sedang membelit seekor kambing yang didapati sudah mati tetapi belum sempat menelan haiwan terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, anggota APM mengambil masa 18 minit untuk menangkap reptilia itu dan tiada sebarangan kecederaan dilaporkan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>