Arteta enggan beri alasan

Iklan
Arteta tidak mahu memberikan alasan pemainnya kurang rehat sebelum pertembungan menentang Spurs.

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta tidak mahu menjadikan alasan jadual padat sebelum pertembungan menentang Tottenham Hotspur pada 15 Mac depan.

Menurut pengendali dari Sepanyol itu, ini kerana kedua-dua pasukan akan bermain pada 16 pasukan Liga Europa tiga hari sebelum bertemu dalam perlawanan Liga Perdana Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

"Apa yang membezakan kami ialah venue perlawanan di mana Spurs mendapat kelebihan apabila UEFA memindahkan perlawanan ke London berbanding yang dijadualkan di Crotia untuk bertemu Dinamo Zagreb.

"Bagi kami pula akan ke Greece bagi menghadapi Olympiacos dan dianggap tidak adil kerana memberikan kelebihan buat Spurs untuk berehat sementara kami perlu terbang pulang ke London.

Iklan

"Malang sekali apabila venue perlawanan kami tidak ditukar biarpun akan bertembung pada tarikh sama.

"Bagaimanapun keputusan telah dibuat. Saya tidak mahu menggunakan sedikit pun alasan bagi perlawanan menentang Spurs dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai kelebihan," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya perlu berdepan dengan keadaan itu kerana kedua-dua pasukan bermain dalam situasi sama dengan jadual yang padat.

Sementara itu, mengikut peraturan UEFA, kelab dari bandar yang sama dilarang mengadakan perlawanan Liga Europa pada hari yang sama.