SUKAN angkat berat negara menerima khabar duka selepas jurulatih kebangsaan, Sakchai Titajaree meninggal dunia di Thailand.
Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Sakchai menghembuskan nafas terakhir di hotel penginapannya ketika berada di Thailand untuk mengendalikan dua atlet Program Road to Gold (RTG), Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin bagi memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).