MN Pahang bincang gerak kerja hadapi PRU15
Iklan
WAN ROSDY
KUANTAN - UMNO dan Pas Pahang mengadakan pertemuan atas kesepakatan Muafakat Nasional (MN) bagi membincangkan pelbagai perkara khususnya berkait gerak kerja bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pertemuan itu diadakan pada malam Isnin disertai barisan kepimpinan kedua-dua parti itu peringkat negeri.
Iklan
Iklan
Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, MN Pahang merupakan persepakatan terbaik demi menyaksikan kesinambungan dan kestabilan kerajaan pimpinan UMNO dan BN sekarang serta kerajaan negeri pasca PRU15 kelak.
Menurutnya, persepakatan sebegini dituntut bukan sahaja oleh ahli-ahli kedua-dua parti, malah turut diterima baik serta dituntut seluruh rakyat negeri ini.
Iklan
"Sejarah membuktikan di sebalik jatuhnya kerajaan Pusat pimpinan BN pada PRU14, BN yang ditunjangi UMNO terus mendapat mandat rakyat untuk memerintah di Pahang.
"Kekuatan yang ada pada BN negeri yang ditunjangi UMNO diperkukuhkan lagi dengan penyertaan Pas dalam MN Negeri," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Iklan
Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, beliau yakin melalui perjuangan bersama bagi menghadapi PRU15 akan membuahkan hasil yang lebih daripada disasarkan.
"Justeru amat diharapkan untuk kedua-dua parti sama-sama perkukuhkan persepakatan ini bersandarkan faktor kejujuran dan setiakawan sejati demi menyaksikan bangsa, agama dan bumi Pahang kita terus terpelihara," kata beliau.
Pada pertemuan itu, pimpinan MN Negeri dihadiri Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar dan timbalannya, Andansura Rabu.
Turut hadir mewakili Pas ialah Ketua Penerangan, Tarmizi Yahya; Setiausaha Badan Perhubungan, Hasanuddin Salleh dan Pengarah Pilihanraya, Hamdan Abdullah.
Wan Rosdy pula diiringi wakil UMNO negeri iatu Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Hassan Ariffin; Bendahari, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak; Ketua Penerangan, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Setiausaha, Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.