KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang tanpa bertanding di lapan daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), selepas tamat proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 10 pagi ini, kerusi berkenaan ialah Gedong yang diwakili Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Tanjong Datu ( Azizul Annuar Adenan) dan Tupong (Fazzrudin Abdul Rahman).