Denda RM10,000 ingkar PKP agak berlebihan, kata Lee Lam Thye
Iklan
Lee Lam Thye
KUALA LUMPUR - Kenaikan kompaun ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada RM1,000 kepada RM10,000 seperti cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) disifatkan terlalu tinggi, tidak adil dan berlebihan berbanding jenayah dilakukan, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata, sejak kesan tidak mematuhi SOP meningkat secara mendadak sepanjang tahun lalu, adalah wajar untuk menaikkan kadar kompaun RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Iklan
Iklan
"Tetapi untuk menaikkan denda daripada RM1,000 menjadi RM10,000, seperti yang diusulkan oleh Kementerian Kesihatan, ia terlalu besar dan berlebihan... ia adalah kenaikan 900 peratus.
"Orang yang berfikiran waras akan bersetuju dengan pepatah bahawa hukuman mesti setimpal dengan jenayah...keseriusan jenayah menentukan hukumannya, yang mana apabila jenayah adalah berat begitu juga hukumannya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Beliau berkata, dalam kes tertentu, kelonggaran perlu diberikan oleh penguat kuasa undang-undang agar tidak membebankan orang ramai secara tidak adil, terutama apabila pesalah mengakui kesalahannya bukan sebagai alasan tapi disebabkan kecuaian atau kealpaan.
Lam Thye berkata, bukan semua mampu membayar RM10,000 terutama dalam keadaan ekonomi mencabar dan juga tidak adil bagi mereka yang pertama kali melakukan kesalahan disebabkan terlupa atau lambat melakukan pematuhan.
Iklan
"Kemungkinan ada yang jujur atau tidak sengaja melakukan kesilapan. Mereka ini harus diberikan pelepasan dengan teguran.
"Perbezaan harus dilakukan antara pesalah kali pertama dan berulang. Disarankan agar memperkenalkan sistem tiga peringkat bukannya denda RM10,000 untuk semua,” katanya.
Justeru, beliau mencadangkan agar pihak berkuasa berkaitan merangka dan melaksanakan sistem lebih adil dan bijaksana untuk menentukan denda yang lebih setimpal.
"Adalah penting untuk semua mematuhi SOP...patuh bukan sebab undang-undang tetapi sebagai keselamatan dan kesihatan dan untuk itu, adalah penting meningkatkan usaha mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab memastikan mereka tidak menyebar virus tanpa sengaja,” katanya. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Kompaun ingkar PKP naik RM10,000 mulai 11 Mac
Denda ingkar PKP Malaysia antara paling tinggi di dunia: Najib
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.