Cari pasal tak hadir mahkamah
Iklan
gambar hiasan
KUALA TERENGGANU- Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki kerana gagal hadir prosiding pertuduhan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
Majistret Noradila Ab Latif mengeluarkan waran itu terhadap tertuduh, Mohd Tariq Zaid Ismail, 32, dari Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus.
Iklan
Iklan
Sebelum ini, tertuduh didakwa membiakkan serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk aedes di dalam alas pasu bunga berisi air yang berada di tiang rumah ruang depan rumahnya, di Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus, dalam operasi gempur aedes, jam 9.50 pagi pada 25 Oktober 2016.
Dengan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 23(a) akta yang sama.
Iklan
Bagi kesalahan itu, hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Kuala Nerus, Nooreen Azniewati Amaran.
Iklan
Noradila seterusnya menetapkan 24 Disember depan untuk sebutan semula kes.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Guru berdepan dua pertuduhan amang seksual pelajar Tingkatan Tiga"><meta itemprop="description" content="Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Jelebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga, Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Muhammad Faaris Ar Radhi Mohamad Fadzil, 29, didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806057/berita/mahkamah/guru-berdepan-dua-pertuduhan-amang-seksual-pelajar-tingkatan-tiga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayahseksual"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T07:50:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE3Iw1h1fDHsh8A8M/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzphoa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzphoa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzphoa"></script>