Tidak wajar umat Islam tolak vaksin Covid-19
Iklan
Pengambilan vaksin Covid-19 ketika ini bukan lagi kehendak individu tetapi keperluan yang perlu diutamakan.
SHAH ALAM - Pengambilan vaksin Covid-19 ketika ini bukan lagi kehendak individu tetapi keperluan yang perlu diutamakan.
Pengarah Bahagian Maqasid Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Norsafina Zainal sehubungan itu berkata, tidak wajar jika umat Islam menolak langkah pencegahan tersebut.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kebimbangan kesan penggunaan vaksin perlu dilihat secara makro untuk jangka masa panjang selari kepentingan maqasid syariah berasaskan lima prinsip iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta sebagai matlamat akhir.
Katanya, sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya lebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal.
Iklan
"Dalam keadaan wabak yang mengancam nyawa manusia seluruh dunia, pengambilan vaksin atau imunisasi ini bukan lagi merupakan kehendak seorang individu tetapi ia merupakan keperluan kepada masyarakat dunia secara umumnya bagi menjaga maslahah agama, rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Beliau berkata, pengambilan vaksin yang diputuskan kerajaan dan hukum pengharusannya adalah berasaskan pertimbangan serta penelitian yang sangat teliti.
Iklan
"Ini berasaskan nas-nas syarak oleh para alim ulama, pakar perubatan serta pihak berkuasa yang berautoriti dalam aspek farmaseutikal dan keselamatan negara,” ujarnya.
Katanya, dalam isu kesan sampingan yang mungkin timbul, tahap risiko kemudaratan telah pun dikenal pasti oleh pakar perubatan dan farmaseutikal dan ia ditangani mengikut kadar keperluannya.
Katanya, tindakan tersebut selari dengan kaedah fiqhiyah yang menetapkan bahawa tahap kemudaratan perlu diukur mengikut kadar keperluannya.
"Kemudaratan yang besar iaitu ancaman kepada nyawa perlu dicegah dan diberi keutamaan oleh kerajaan. Dalam masa sama, kerajaan tidak mengabaikan dan akan mengambil tindakan yang perlu terhadap kesan sampingan yang mungkin berlaku,” ujarnya.
Menurutnya, jika wujud sebarang pertembungan antara maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) seperti dakwaan sesetengah pihak, ia juga telah dipertimbangkan.
Katanya, pertimbangan itu berdasarkan bukti saintifik dan nas syarak sebelum sebarang hukum diputuskan seperti mana kaedah fiqhiyah menetapkan bahawa 'mengelakkan keburukan lebih utama daripada mendapatkan maslahah'.
"Begitu juga sekiranya didakwa bertembung dua kemudaratan dalam isu vaksin itu, kaedah fiqhiyah dalam maqasid syariah telah memberi panduan jalan penyelesaian iaitu 'apabila berlaku pertembungan antara dua keburukan, keburukan yang lebih besar perlu dicegah daripada berlaku dengan menanggung keburukan yang lebih ringan'.
"Keburukan lebih besar yang dimaksudkan dalam isu Covid-19 ini ialah ancaman kepada nyawa sehingga menyebabkan kematian,” katanya.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.