JDT tubuh pasukan hoki ais

Iklan
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pegawai sukan hoki ais. - FOTO: FB JOHOR SOUTHERN TIGERS

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) dalam proses meluaskan kuasa sukan dengan menubuhkan sebuah pasukan hoki ais dalam tempoh sebulan lagi.

Perkara berkenaan diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Pasukan Hoki Ais JDT akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi yang menyaksikan kelab ini meneroka ke arah pelbagai sukan lain pada masa akan datang,” menurut hantaran itu.

Sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri, Johor.

Iklan
Iklan

”Jenama JDT sudah pun ada pada pasukan tinju JDT dengan juara pelbagai anugerah Asia, Muhammad Farkhan Haron mengetuainya di dalam gelanggang. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut hantaran itu. - Bernama