Tianwen-1 hantar imej pertama Marikh

Iklan
Imej berwarna hitam putih itu pada lewat Jumaat menunjukkan struktur geologi termasuk kawah Schiaparelli dan Valles Marineris sebahagian besar kawasan ngarai di permukaan planet itu. - Foto AFP

BEIJING - Kapal angkasa Tianwen-1 menghantar imej pertama planet Marikh selepas ia dilancarkan pada Julai lalu dan dijangka memasuki orbit planet merah itu pada Rabu ini.

Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA) mengeluarkan imej berwarna hitam putih itu pada lewat Jumaat menunjukkan struktur geologi termasuk kawah Schiaparelli dan Valles Marineris sebahagian besar kawasan ngarai di permukaan planet itu.

Iklan
Iklan

Menurut CNSA, gambar itu diambil pada jarak kira-kira 2.2 juta kilometer dari Marikh dan Tianwen-1 kini berada sejauh 1.1 juta kilometer daripada planet tersebut.

Kapal angkasa seberat lima tan yang turut membawa pengorbit Marikh, pendarat dan kenderaan robotik itu akan melakukan kajian terhadap permukaan Marikh.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Beijing berharap dapat mendaratkan kenderaan robotik mereka di Utopia, sebuah lembangan impak besar di planet merah tersebut. - AFP