Sambutan Hari Kanser Sedunia

Iklan
Menara Kuala Lumpur kelihatan dinyalakan lampu berwarna biru dan jingga sempena menyambut Hari Kanser Sedunia bagi menunjukkan sokongan kepada inisiatif dan usaha kesedaran di seluruh dunia ketika tinjauan malam ini.

Usaha simbolik ini dibuat bersempena penjajaran Majlis Kanser Negara Malaysia (MAKNA) terhadap Agenda Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencapai masyarakat dengan kesedaran lebih tinggi terhadap kanser, di mana kadar kematian yang boleh dielakkan agar lebih rendah dan tindakan diambil ke arah dunia tanpa kanser untuk generasi akan datang.

Penyalaan lampu di kesemua menara iaitu di Menara Kuala Lumpur bermula 8 malam sehingga 12 tengah malam dan Putrajaya bermula 7 petang sehingga 12 tengah malam ini.

Iklan
Iklan