Neo pulang selepas lima tahun hilang

Iklan
Neo pulang selepas lima tahun hilang. - Foto Becky Lea

LINCOLN - Seekor kucing yang diberi nama Neo bertemu kembali dengan pemiliknya selepas lima tahun berpisah.

Neo, kini berusia 13 tahun, hilang pada September 2015 dan dianggap telah mati namun ditemui dalam keadaan cacat penglihatan, lapor Daily Star.

Iklan
Iklan

Pemiliknya, Becky Lea dari Lincoln berkata, dia gembira bertemu Neo walaupun haiwan peliharaan kesayangan itu telah buta dipercayai dilanggar kenderaan.

"Saya mencarinya selama beberapa bulan dan terlalu sedih kerana tidak dapat bertemunya lagi.

Iklan

"Setelah lima tahun kemudian, saya menerima panggilan tidak dijangka daripada Lincoln Cat Care Charity pada Rabu yang memberitahu bahawa Neo telah dijumpai di jalan St Andrews Street," katanya.

Menurutnya, Neo adalah kucing yang setia dan gemar berada di rumah.

Iklan

"Saya tidak tahu bagaimana Neo boleh hilang kerana sebelum ini, Neo tidak akan melayan sesiapa pun walaupun ada yang memberi makanan kegemarannya.

"Semasa pencariannya, saya banyak menerima panggilan daripada orang ramai yang mendakwa menemui Neo tetapi sebaik pergi, Neo hilang semula," katanya yang telah pindah rumah.

Sementara itu, Penny Craig dari Lincoln Cat Care Charity menjelaskan kemungkinan kesan daripada hentakan daripada pelanggaran kenderaan mengakibatkan Neo mengalami buta.

"Semasa ditemui, mulutnya cedera mungkin kesan pelanggaran dan doktor haiwan telah merawatnya," katanya.