'Boleh marah ahli politik, tapi bukan frontliners'
Iklan
Datuk Seri Amirudin Shari
SHAH ALAM - Rakyat berhak meluahkan kemarahan kepada ahli politik yang mempunyai muslihat tertentu sehingga menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sejak kebelakangan ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, namun begitu, kemarahan berkenaan tidak sepatutnya ditumpukan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi wabak itu.
Iklan
Iklan
Amirudin berkata, beliau sedar mengenai kemarahan rakyat terhadap sebilangan ahli politik susulan perkembangan ini dan pihaknya juga tidak menafikan perkara itu.
"Kelemahan eksekutif untuk merancang serta merangka suatu pelan bagi menangani Covid-19 bukanlah kesalahan petugas barisan hadapan.
Iklan
"Justeru, walaupun kita dibakar api kemarahan dan kecewa dengan keadaan semasa, saya memohon agar kita semua terus beri sokongan padu kepada petugas barisan hadapan ini,” katanya ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor secara dalam talian, pada Rabu.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, beliau juga yakin kebanyakan rakyat Malaysia sudah muak dengan mainan politik pihak tertentu yang hanya bertujuan memecah-belahkan semua pihak.
Iklan
Ujar beliau, pimpinan negara tanpa mengira parti politik sewajarnya sedar bahawa sekarang adalah waktu untuk menolak sebarang unsur cauvinisme kaum.
"Ramai yang berselindung di sebalik 'real politik' untuk membenarkan politik perkauman.
"Jika ahli politik lama tidak mampu berbincang secara jujur untuk mencari penyelesaian, mungkin sudah tiba masanya bagi yang muda untuk bersama-sama berganding bahu merangka penyelesaian untuk negara ini,” katanya.
Tambah beliau, rakyat hanya mengharapkan penyelesaian terhadap beberapa perkara seperti upah rendah, menangani cabaran iklim, merancakkan pembangunan prasarana, meningkatkan mutu pendidikan dan beberapa lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>