Lelaki ditemukan rentung

Iklan
Kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Melikai, Menumbok.

MENUMBOK - Seorang lelaki rentung selepas dipercayai gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Melikai pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa Mohd Ikmal Abdullah, 50, ditemukan rentung di salah sebuah rumah yang terbakar.

Iklan
Iklan

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama tiga lagi ahli keluarganya gagal menyelamatkan diri sebelum terperangkap di dalam rumah terbabit.

Ketua Zon Bomba Beaufort, Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.12 pagi.

Iklan
Mayat mangsa ditemukan di bahagian dapur salah sebuah rumah yang terbakar di Kampung Melikai, Menumbok.

"Menurut laporan komander operasi, sebaik tiba di lokasi kejadian terdapat dua rumah sedang terbakar dan musnah seratus peratus.

"Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Mengulas lanjut, katanya, sebaik api berjaya dipadamkan sepenuhnya, pemeriksaan mendapati satu mayat ditemukan dalam keadaan rentung.

"Mayat seorang lelaki ditemukan di bahagian dapur rumah.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Melikai, Menumbok.