Bomba Fighters tekad jadi pencabar

Iklan
Bomba Fighters tekad akan tampil sebagai pencabar dalam saingan STL Champions Cup.

PENDATANG baharu dalam aksi Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup, Bomba Fighters bertekad menjadi pasukan pencabar walaupun diundi dalam kumpulan A yang turut dilabel sebagai kumpulan maut.

Pengurus Bomba Fighters, Muhamad Ismail Famin Abd Salam berkata, aksi pertama menentang Putrajaya Cyborg pada Ahad akan digunakan sebaik mungkin untuk meraih keputusan positif sekali gus langkah kanan buat juara divisyen satu itu.

Iklan
Iklan

"Kami telah memulakan latihan pusat sebulan sebelum kejohanan bermula iaitu sejak 21 Disember lalu. Saya harap pemain dapat memberikan persembahan terbaik ketika bertemu pasukan dalam kumpukan A.

"Memang benar kita diundi bersama pasukan pilihan seperti Kuala Lumpur (KL Thunder) iaitu juara Liga Sepak Takraw (STL) 2020, Johor Tigris yang mempunyai reputasi yang baik dan Putrajaya Cyborg sebagai pasukan yang memberikan saingan di Divisyen 1. Saya lihat ia sebagai satu motivasi kepada pemain.

Bomba Fighters tekad akan tampil sebagai pencabar dalam saingan STL Champions Cup.

Iklan

"Sebagai pasukan baharu, Bomba Fighters dalam Champions Cup, kami tidak meletakkan sebarang sasaran yang tinggi tetapi akan berusaha memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan yang bertanding,” katanya kepada Sinar Ahad.

Mengulas mengenai sebarang kemungkinan termasuk penundaan perlawanan memandangkan peningkatan kes Covid-19, Muhamad Ismail berkata pihaknya telah melakukan persediaan awal bagi menghadapi perkara tidak diduga.

Iklan

"Pasukan akur arahan daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Saya yakin usaha Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail dengan kuarantin setiap pasukan adalah cara terbaik,” katanya.