Najib cadang sesi persekolahan 2021 ditangguhkan
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas Cuti Tahun Baru Cina.
Menurutnya, penangguhan itu perlu diambil kira memandangkaan situasi keadaan banjir belum reda, selain kes penularan Covid-19 yang semakin teruk dan ura-ura pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketat di beberapa negeri Zon Merah.