MATTA gesa kerajaan lanjut pengecualian visa 30 hari untuk warga India
Iklan
MATTA gesa kerajaan melanjutkan pengecualian visa selama 30 hari untuk warga India bagi melindungi sektor pelancongan, hubungan udara dan ekonomi negara. Gambar kecil: Nigel Wong
KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan melanjutkan pengecualian visa selama 30 hari untuk warga India yang tamat pada 31 Disember bagi melindungi sektor pelancongan, hubungan udara dan ekonomi negara.
Presiden MATA, Nigel Wong berkata, pasaran India menyumbang kira-kira RM14.8 bilion kepada penerimaan pelancongan negara pada tahun 2025 sahaja.
Iklan
Iklan
“India merupakan antara pasaran sumber pelancong paling penting bagi Malaysia. Membiarkan pengecualian itu tamat sekarang berisiko memperlahankan kemajuan Malaysia dalam menarik pelawat dari India.
“Impaknya akan dirasai oleh ekonomi lebih luas, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pekerja bebas serta golongan lain yang bergantung kepada perbelanjaan pelawat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Ketibaan pelawat dari India meningkat daripada 773,221 pada 2023 kepada kira-kira 1.4 juta pada 2024 dan 1.6 juta pada 2025 susulan pelaksanaan pengecualian visa pada Disember 2023.
Menurut Nigel, penamatan pengecualian visa boleh melemahkan permintaan perjalanan disebabkan keperluan memohon visa, sekali gus menyukarkan syarikat penerbangan mengekalkan perkhidmatan mereka.
Iklan
Tambah beliau, kemudahan kemasukan juga penting untuk menarik pelawat yang menghadiri acara perniagaan dan majlis perkahwinan di negara ini.
“Keluarga, kumpulan pelancongan dan penganjur acara mempertimbangkan pilihan penerbangan, kos serta syarat kemasukan ketika memilih destinasi.
“Melanjutkan pengecualian itu akan membantu Malaysia kekal berdaya saing ketika mereka membuat keputusan,” ujarnya.
MATTA mengakui keselamatan negara dan integriti sempadan merupakan keutamaan kerajaan, malah mencadangkan pendekatan seimbang dengan melanjutkan pengecualian berkenaan melalui pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan berasaskan risiko yang dipertingkatkan.
Pendekatan itu turut melibatkan semakan berkala terhadap jumlah ketibaan pelawat, rekod pematuhan dan penilaian risiko, selain pihaknya akan terus bekerjasama dengan kerajaan bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan sambil menghormati keutamaan keselamatan negara serta imigresen.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>