GST 3 peratus pun boleh bebankan rakyat
Iklan
Cadangan mengembalikan GST mencetuskan kebimbangan mengenai kesannya terhadap harga barangan keperluan dan kos sara hidup rakyat. Gambar hiasan
PUTRAJAYA – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar serendah tiga peratus sekalipun masih boleh membebankan rakyat sekiranya terlalu banyak barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Penganalisis ekonomi, Profesor Emeritus Datuk Dr Barjoyai Bardai berkata, kadar GST tidak sepatutnya ditentukan berdasarkan sasaran kutipan hasil kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira kemampuan sebenar isi rumah.