JOHOR BAHRU - Johor terus mencatatkan penurunan angka mangsa banjir apabila mencatatkan seramai 1,422 mangsa daripada 363 keluarga setakat jam 8 pagi Jumaat.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding 1,561 orang daripada 406 keluarga setakat jam 12 malam Khamis.