Waspada maklumat palsu guna nama Dr Noor Hisham di WhatsApp: KKM
Iklan
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai berhati-hati dengan informasi tidak benar yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab melalui aplikasi WhatsApp dengan menggunakan nama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, KKM turut berkongsikan tiga foto contoh informasi palsu yang disebarkan individu tersebut melalui WhatsApp.