Rusuhan kuil: PDRM tubuh pasukan khas
Iklan
Mohamad Fuzi (tengah) dalam sidang media di Maktab PDRM.
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memburu individu yang terlibat dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ, dekat sini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pasukan khas dari Jabatan Siasatan itu akan membantu siasatan yang dikendalikan Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pasukan khas ini telah digerakkan untuk menjejak individu yang terlibat dalam rusuhan termasuk yang menyerang anggota bomba dan polis.
"Operasi sedang dijalankan pasukan khas ini. Siasatan menyeluruh sedang dibuat untuk kenal pasti mereka yang terlibat.
Iklan
"Polis juga memerlukan maklumat orang ramai. Kita juga akan meneliti rakaman-rakaman video yang ada dan orang ramai yang ada maklumat boleh salurkan kepada kita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Pembuktian Dan Pendakwaan Serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia, Biologikal Radiologikal, Nuklear dan Letupan, di Maktab PDRM, di sini, hari ini.
Iklan
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi semalam, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul oleh sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.
[ARTIKEL BERKAITAN: Anggota bomba diserang dalam keadaan kritikal]
[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Polis tahan empat lelaki, rampas parang]
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan telah ditarik keluar dari kenderaan EMRS selain perusuh telah merosakkan kenderaan FRT dan EMRS milik Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Mangsa yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.
Mengulas lanjut, sehingga hari ini, polis mengesahkan masih menahan seramai 21 orang bagi membantu siasatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>